Thursday, 2 September 2010

kamus dewan bahasa dan petaka

 dua tiga hari lepas,masa tengah sahur gua ader bersembang dengan partner gua...topik sembang pagi tu agak berat, dari cerita pasal piramid kat egypt sampai la ke mesir..egypt dengan mesir jarak dia macam langit dengan bumi..dari subject geografi sampai la ke subject bahasa, dan penutup kepada diskusi gua pagi tu,kitorang dah sepakat nak buat penulisan pasal bahasa. tapi disebabkan dah berlambak-lambak buku yang cam haram jadah yang langsung tak menyumbang kepada pembinaan modal insan kat kedai buku sekarang ni,kitorang tukar strategi untuk tidak menulis buku..

menulis kamus..

gua dengan partner gua akan jadi pelopor kepada dunia penulisan kamus.. rupanya kamus dewan yang ada sekarang belum lengkap sebab banyak lagi perkataan yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan..

kamus dewan bahasa dan petaka, edisi pertama

banyak perkataan yang boleh mendatangkan malapetaka kalau salah sebutannye...boleh buat orang keras perut gelak sampai ke pagi.tak payah la gua bagi contoh kot,tunggu je la kamus tu jual kat kedai buku nanti. keje-keje drafting dah start,sapa rasa-rasa nak sumbangkan perkataan-perkataan baru untuk kamus gua,tak payah susah-susah bagi kat gua. letak je kat status fesbuk lu orang.nanti gua kutip,buat bahan..sambil tu gua bahan sekali.

Editor.